JAIS kaji langkah baru bendung fahaman Syiah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


JAIS kaji langkah baru bendung fahaman Syiah

Oleh : NORHAYATI UMOR

BANGI 20 NOV : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mengkaji langkah terkini bagi membendung fahaman Syiah di negeri itu termasuk mennyemak semula fatwa Syiah tahun 1998.

Timbalan Pengarah JAIS, Zaki Arshad, berkata kajian semula itu dengan menambah tujuh elemen penyebaran Syiah yang boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.


Jais-logo“Ia termasuk penganjuran majlis makan atau sambutan hari kebesaran oleh pengikut Syiah,” katanya pada Majlis Simposium Serantau Ahli Sunnah Wal Jamaah 2013.

Program itu dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Dewan Sri Saujana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), di sini, semalam.

Zaki berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri juga sudah mengeluarkan pekeliling kerajaan kepada penjawat awam bagi menghalang sesiapa terbabit dengan aktiviti berkenaan Syiah.

“JAIS bertanggungjawab dalam usaha menyebarkan ajaran Islam sebenar kepada umat Islam, jadi kami yakin perkara ini perlu dipandang serius untuk menanganinya,” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri dalam usaha untuk memastikan pengukuhan dan pemerkasaan akidah menjadi agenda utama negeri selari dengan pembangunan infrastruktur serta masyarakat.

khalidKatanya, kerajaan negeri juga mahu memperhebatkan dakwah bagi memberi kefahaman sebenar supaya rakyat mempunyai pandangan positif terhadap ajaran Islam.

“Sebagai contoh, kerajaan negeri menjadi peneraju kepada negeri lain dalam program mengimarahkan masjid dan surau. Kehadiran pengunjung sering mengatasi kehadiran himpunan konsert walaupun konsert percuma,” katanya.

Simposium berkenaan adalah anjuran kerajaan negeri bersama JAIS, Jabatan Mufti Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Tabung Amanah Pembangunan Islam Selangor (TAPIS) dan UNITEN.

Seramai 700 peserta yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, nazir Mmasjid, orang awam dan pensyarah UNITEN hadir dalam program yang dianjurkan sebagai usaha membendung dan mengekang isu pemesongan akidah.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION