Selangorkini
NASIONAL

Jangka hayat kereta 12 tahun, BN jadikan rakyat mangsa

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 18 NOV : Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melaksanakan had jangka hayat kereta kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat yang kebanyakannya daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata selepas tiga tahun keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan itu.

rafizi picKatanya, keadaan akan lebih parah bagi pembeli berpendapatan rendah dengan kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah berusia.

“Bagi mereka yang meminjam untuk membeli kereta, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan bermakna kereta mereka dikira haram di sisi undang-undang dan tidak boleh digunakan, namun hutang masih belum dilangsaikan.

“Cadangan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan adalah rentetan daripada tindakan yang menekan rakyat sejak BN menang dengan tipu helah dalam PRU lalu,” katanya melalui kenyataan medianya di sini, hari ini.

Rafizi berkata, masalah utama bersabit pemilikan kereta di Malaysia yang pernah dilaporkan sebagai kedua termahal di dunia adalah disebabkan struktur cukai dan pasaran domestik hingga harga naik melambung.Turun Harga kereta

Katanya, sebarang usaha untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta sebelum cukai eksais dihapuskan akan ditentang Pakatan Rakyat (PR).

“Dasar had jangka hayat itu hanya boleh dilaksanakan selepas harga kereta di Malaysia turun setanding dengan model yang sama di negara lain,” katanya.

Sebelum ini, BN dalam manifesto PRU lalu berjanji untuk menurunkan harga kereta namun sehingga kini janji itu tidak dilaksanakan.

-NFN-


Pengarang :