Kadar tambang teksi bakal naik ? | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Kadar tambang teksi bakal naik ?

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR 22 NOV – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) sedang menjalankan kajian kadar tambang teksi yang telah dimulakan sejak 21 Oktober lalu di seluruh negara.

IMAG0340Program Interaksi Bersama Pengguna dan Industri Teksi bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pengguna mengenai kadar tambang untuk dikaji semula.


Pengguna diberikan borang penilaian yang perlu diisi yang mengandungi soalan mengenai kekerapan kadar tambang teksi perlu disemak semula.

Selain itu, soalan mengenai pendapatan yang wajar diperolehi pemandu teksi, waktu tempoh bekerja yang sesuai serta pekerjaan lain yang sama taraf dengan pemandu teksi.

IMAG0342Dalam risalah yang dikeluarkan, kajian semula dibuat oleh kerana semakan terakhir kadar tambang yang dibuat adalah pada tahun 2009 oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Sejak itu, kos teksi dan kos hidup meningkat tiga peratus pada kadar inflasi sejak tahun 2009.

Anggaran berdasarkan kajian semasa bengkel-bengkel teksi menunjukkan kos penyelenggaraan teksi telah meningkat sejak tahun 2009.

IMAG0339Kadar penyelenggaraan yang meningkat melibatkan tayar pada kadar 25 peratus, baik pulih 20 peratus, bateri 30 peratus dan bahan api 17 peratus.

Pakatan Rakyat sebelum ini pernah membangkitkan kesusahan pemandu teksi dengan cadangan memberikan permit persendirian oleh kerana permit teksi semasa antaranya dipegang oleh syarikat kroni yang mengaut keuntungan.

 

– EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION