Selangorkini
SELANGOR

Kenaikan 300% cukai taksiran DBKL: Khalid cadang tidak lebih 10%

Oleh Nazli Ibrahim

BANDAR TUN RAZAK 23 NOV: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyifatkan kenaikan 300 peratus kadar Cukai Taksiran Nilaian Tahunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai keterlaluan, memberi cadangan yang saksama.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu mencadangkan kenaikan cukai taksiraOLYMPUS DIGITAL CAMERAn itu tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah yang dibayar, sekali gus tidak membebankan rakyat.

Menteri Besar Selangor itu berkata, cadangan itu berdasarkan amalan di Selangor yang hanya mengenakan premium RM1,000 dalam pemberian hak milik tanah kediaman kepada penduduk negeri itu.

“Jika tidak, penerima hak milik tanah di Selangor terpaksa membayar hingga berpuluh atau beratus ribu berdasarkan nilai hartanah,” katanya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERABeliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Memorandum Bantahan Penduduk Bandar Tun Razak di tapak pasar pagi Jalan Jujur, di sini, hari ini..

Lebih 300 penduduk Bandar Tun Razak menyerahkan memorandum bantahan ekoran cadangan kenaikan itu tidak munasabah, sekali gus membebankan pemilik hartanah.

Bantahan dijangka meningkat berikutan kesedaran orang ramai yang menghantar surat bantahan terus ke Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

OLYMPUS DIGITAL CAMERASebelum ini, DBKL mahu menaikkan cukai taksiran hartanah seluruh Kuala Lumpur berdasarkan penilaian nilai sewaan hartanah tahun ini, berbanding penilaian terakhir pada 1992.

“Saya akan adakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur selepas 17 Disember ini tetapi surat bantahan akan dihantar terlebih dahulu kepada DBKL,” kata Abdul Khalid.

NFN FZL


Pengarang :