SELANGOR

Kenaikan gaji dan elaun Adun dipertimbang

Oleh : Afeeqa Afeera

SHAH ALAM, 22 NOV : Satu perbincangan antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Exco Kerajan Selangor diadakan hari ini sejurus selepas tamatnya sesi perbahasan Dewan Negeri Selangor (DNS) untuk membincangkan kenaikan gaji kesemua Adun Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

mb - majlis inovasi kerajaan negeri selangor 3Abdul Khalid ketika ditemui berkata, keputusan perbincangan itu hanya akan dibawa dalam sidang dewan selewat-lewatnya Isnin atau Selasa depan bergantung kepada kelulusan Exco.

“Jumlah kenaikan secara terperinci hanya akan dibuat selepas kerta kerja itu dicetak dan diletakkan di dewan.

“Cadangan kenaikan itu diputuskan kerana Adun Selangor mempunyai bebanan kerja yang agak tinggi dan ia adalah satu insentif untuk semua Adun yang telah bekerja keras demi kepentingan rakyat,” katanya selepas membuat sesi penggulungan belanjawan negeri Selangor 2014, di sini petang tadi.

Abdul Khalid berkata kenaikan itu adalah merujuk kepada gaji asas dan elaun setiap ahli dewan.

“Negeri berkeupayaan untuk membayar ganjaran tersebut dan sekiranya perkara ini diluluskan ia akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014,” katanya lagi.

-EZY


Pengarang :