Selangorkini
NASIONAL

Kerajaan gadai kem Tebrau dan Plentong RM465 juta?

KUALA LUMPUR 26 NOV: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan status kem tentera di Tebrau dan Plentong, Johor.

Mahfuz turut mempersoalkan sama ada dua kem itu digadai kepada Malaysian Buildings Society Sdn Bhd (MBSB) dengan harga RM465 juta, yang mana projek itu pada asalnya bernilai RM256 juta, namun tidak berjaya disiapkan pada tempoh ditetapkan.

mahfuz omarKatanya, projek itu bermula pada 2002 tetapi laporan audit 2012 mendedahkan perkembangan projek di bawah syarikat KCSB Konsortium Sdn Bhd hanya berjaya disiapkan 18 peratus sahaja.

“Kalau ikut laporan audit, kerajaan mesti tamatkan segera syarikat ini. Adakah ia sudah ditamatkan kerana tanah kem sudah tergadai. Hal yang berlaku itu adalah pengkhianatan dan penderhakaan sebenar kepada negara.

“Kita cakap pasal ingin membela kebajikan tentera tetapi mereka dikhianati,” katanya yang dipetuk daripada HarakahDaily ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan di bawah Kementerian Pertahanan, di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Mahfuz berkata, KCSB mendapat untung dengan mudah walaupun projek yang diberikan belum siap sepenuhnya.

“Saya minta penjelasan bagaimana kontraktor ini dipilih. Ini bukan pondok durian boleh digadai sesuka hati tetapi ini tempat duduk tentera, anak dan keluarga mereka yang mesti dijaga kebajikannya,” katanya.

-NFN-


Pengarang :