Kerajaan Negeri promosi hab kesihatan Selangor di Indonesia | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Kerajaan Negeri promosi hab kesihatan Selangor di Indonesia

Had Kesihatan Selangor

SHAH ALAM, 1 NOV : Kerajaan negeri di bawah Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi terus mengorak langkah memperkenalkan Selangor sebagai sebuah hab kesihatan Malaysia ke negara jiran, Indonesia.

Program anjuran bersama Tourism Selangor itu turut membawa delegasi daripada wakil pusat perubatan dan kesihatan swasta Selangor untuk menjayakan International Healthcare Tourism Expo 2013, di Jakarta, selain pelancaran Program Selangor Meets Indonesia di Surabaya.


Exconya, Dr Daroyah Alwi, berkata kerajaan negeri menyusun langkah setapak ke hadapan bagi mempromosi Selangor sebagainegeri yang mempunyai kepakaran perubatan berprestij tinggi dalam mencapai apa yang disasarkan.

Katanya, peluang itu digunakan untuk bertemu sendiri kumpulan sasaran dan pengusaha pelancongan tempatan bagi menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan kemudahan perubatan dan tarikan lain yang terdapat di Selangor.

“Tujuan kita jelas untuk menarik minat khasnya rakyat Indonesia supaya datang ke Selangor bagi mendapatkan khidmat perubatan dan kesihatan yang berkualiti dengan harga lebih murah dan selesa.

“Pakej yang membabitkan pelbagai pihak ini bakal memudahkan segala urusan pesakit kerana mereka tidak perlu risau berkenaan lokasi keluarga mereka akan tinggal, bagaimana untuk mendapatkan makanan dan minuman halal, lokasi pelancongan menarik dan pusat membeli-belah,” katanya.

Antara pusat perubatan dan kesihatan swasta yang menghantar wakil adalah Sunway Medical Centre, DEMC Specialist Hospital, Sri Kota Specialist Medical Centre dan Hospital Columbia Asia.

Dr Daroyah berkata, Selangor juga terkenal dengan lokasi pelancongan menarik yang bakal memenuhi citarasa pengunjung, selain mempunyai kepakaran, doktor bertauliah, hospital dan prasarana perubatan canggih.

“Di sana, kita menerima respon yang sangat positif kerana kebanyakan mereka sudah mengenali Selangor dan tahu kelebihan, selain lokasi menarik yang ada di sini.

“Kita yakin dengan pelbagai pakej yang ditawarkan ini mampu menarik minat pelancong bagi mendapatkan khidmat perubatan di Selangor,” katanya.

 

-NFN

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION