Selangorkini
SELANGOR

Kerajaan negeri tunggu tawaran tinggi sewa bangunan Yayasan Selangor

Oleh : Afeeqa Afeera

SHAH ALAM 25 NOV : Kerajaan negeri masih menunggu tawaran harga terbaik bagi tujuan penyewaan sebuah bangunan Yayasan Selangor (YS) yang kini ditutup selepas proses naik taraf, di Bukit Bintang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata proses tawaran itu akan dilaksanakan melalui tender terbuka bagi memastikan bayaran pulangan yang diterima negeri adalah tinggi.

05Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) berhubung status terkini bangunan milik YS yang didakwa mendatangkan kerugian kerana tidak digunakan secara praktikal.

“Ini adalah urusan rundingan peniagaan, jika ada yang ingin membayar pulangan yang besar, kita akan terima. Ada kelewatan dalam hal ubah suai bangunan itu dan kita boleh sewakannya selepas kerja itu selesai.

“Tetapi kita tidak mahu lakukannya sehingga memperoleh harga yang baik untuk bangunan dan kontrak itu,” katanya.

Abdul Khalid berkata, saham YS kini dimiliki Menteri Besar Incorporated (MBI) dan akan meminta kakitangan yayasan menyediakan laporan bagaimana ia berkembang sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih, pada 2008.

-NFN-

 


Pengarang :