Kerajaan Pusat tubuh JPP hanya kelirukan rakyat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Kerajaan Pusat tubuh JPP hanya kelirukan rakyat

Naeem Raffi

SHAH ALAM 12 NOV : Tindakan Kerajaan Pusat mewujudkan Jawatakuasa Perwakilan Penduduk (JPP) bagi menyokong program pembangunan masyarakat khususnya di kawasan bandar hanya mengelirukan rakyat kerana ia mempunyai peranan sama ahli majlis.

raja fairuzAhli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Raja Fairuz Raja Mazlan, berkata konflik dan kecelaruan di kalangan rakyat akan timbul apabila wujud dua pihak memegang peranan sama di sesuatu kawasan.


“Tindakan Kerajaan Pusat ini seolah-olah sengaja mahu menganggu-gugat dan memecah belahkan hubungan yang terjalin antara masyarakat dan ahli majlis,” katanya kepada Selangor Kini,

Fairuz berkata kewujudan entiti di bawah kelolaan Kerajaan Pusat itu bersifat politik yang mempunyai agenda tersembunyi.

“Kewujudan JPP seolah-olah ingin menonjolkan peranan Kerajaan Pusat sebagai juara dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Ia sekaligus menyemai persepsi negatif kononnya Kerajaan Selangor, PBT dan ahli majlis gagal membawa dan menyelesaikan isu rakyat sehingga terpaksa merujuk kepada JPP,” katanya.

Sebelum ini, Exco Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata beliau kesal apabila kerajaan pusat bertindak mengumumkan perkara itu tanpa merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu dan dan ia mungkin melanggar Perlembagaan.

-EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION