SELANGOR

Kerajaan Selangor kekal tawaran RM9.65 bilion – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 04112013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Negeri Selangor tidak berhasrat untuk menyemak semula tawaran berjumlah RM9.65 bilion
yang ditawarkan kepada kepada syarikat-syarikat konsesi air pada Februari 2013 bagi memuktamadkan
penyusunan semula perkhidmatan pembekalan air di negeri ini.

2.
Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersiap sedia dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan terutama longkang besar
dan kolam tadahan banjir untuk berhadapan bencana alam terutama banjir.

3. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyampaikan sumbangan berjumlah RM9,000 kepada
Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan mangsa kejadian kebakaran yang berlaku di Flat Kerinchi baru baru ini.Program keusahawan ‘Retail 200′ bakal dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaras dengan hasrat melahirkan usahawan berdaya saing dan memiliki ketahanan mental dan fizikal yang tinggi.

4. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melaksanakan Program Sukuk Murabahah melalui penubuhan kertas perdagangan Islam dan
program nota jangka pertengahan Islam bernilai sehingga RM300 juta dan RM700 juta.

5. Dakwaan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam bahawa kos perkhidmatan kesihatan di negara ini
tidak akan meningkat dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 adalah tidak berasas.

6. Sementara itu, Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negara ini perlu membelanjakan kira-kira RM3 bilion – RM4 bilion
untuk melaksanakan sistem perkomputeran bagi sistem Cukai dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015.

7. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) berharap agar Kerajaan Pusat memperluaskan senarai
pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada semua jenis perkhidmatan dan barangan asas penduduk negara ini.


Pengarang :