Kerja Jumaat bukan alasan ‘leceh’ Solat Jumaat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Kerja Jumaat bukan alasan ‘leceh’ Solat Jumaat

OLEH : NAZLI IBRAHIM,

SHAH ALAM 25 NOV: Umat Islam di Selangor diingatkan agar tidak menjadikan alasan bekerja pada hari Jumaat sebagai alasan kesukaran untuk menunaikan kewajiban Solat Jumaat.

Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar, berkata sebaliknya isu ini bergantung kepada diri masing-masing dalam melaksanakan kewajipan itu.


masjid jeram baru MB 03“Kita tidak boleh kata bekerja pada hari Jumaat menyebabkan leceh untuk melaksanakan Solat Jumaat.

“Sedangkan kalau beri cuti sekalipun, ada juga tetap tak pergi Solat Jumaat, duduk rumah sebab memang dia tak mahu.

“Pokok pangkal diri masing-masing. Ruang secukupnya ada untuk Solat Jumaat dan pejabat-pejabat pun beri pelepasan dari jam 12.15 ada juga 12.30 hingga jam 2.30 petang,” kata Abdul Majid ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.

Abdul Majid berkata, pihak beliau turut melaksanakan penguatkuasaan ke atas pihak yang tidak Solat Jumaat termasuk majikan yang tidak memberi pelepasan dari masa ke semasa.

Masjid Klang (lensa1)Di Selangor terdapat lebih 300 buah masjid dan surau yang boleh digunakan untuk melaksanakan Solat Jumaat termasuk di kawasan pusat ekonomi, pejabat dan penempatan.

Suasana dan kemudahan ini memberikan keselesaan umat Islam untuk ke masjid-masjid ini khususnya untuk menunaikan Solat Jumaat.

-EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION