Selangorkini
SELANGOR

Kesesakan bandar Klang, MB minta ahli majlis turun padang

mb deepavali 03

Oleh : SIRAJ MOHD ZAINI

PELABUHAN KLANG 18 NOV : Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) diminta turun padang untuk menerangkan kepada rakyat bahawa bandar Klang akan menghadapi kesesakan sementara bagi tujuan pembinaan jambatan ketiga di Bandar DiRaja itu.

mb deepavali 01Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Ahli Majlis MPK diharap membantu dan menjelaskan kesesakan yang bakal dialami adalah bagi tujuan penambahbaikan untuk seluruh rakyat di bandar berkenaan.

“Saya ingin beritahu bahawa terdapat program besar iaitu membina jambatan bagi menyelesaikan kesesakan akan mula dibuat.

“Saya berharap MPK akan memberi penerangan berkenaan apa yang kita lakukan supaya masalah kesesakan sementara ini dapat diatasi akibat beberapa kesesakan disebabkan peningkatan jambatan di Klang,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika merasmikan sambutan Deepavali peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang di Flat Bukit Tinggi Dua, dekat sini, malam tadi.

mb deepavali 02Turut hadir, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin, Ahli Majlis MPK dan lebih 300 penduduk flat berkenaan.

Abdul Khalid berkata, proses pembinaan jambatan berkenaan mula dilaksanakan dan beliau sudah meminta Dewan Negeri Selangor untuk bersetuju meluluskan pembinaan jambatan itu.

Kerajaan negeri bercadang menggunakan peruntukan RM300 juta daripada rizab negeri berjumlah RM3 bilion bagi melaksanakan projek berkenaan.

Sebelum ini, Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji untuk membina jambatan ketiga itu pada tahun 2008 tetapi tidak menunaikannya walaupun majlis pecah tanah sudah dilakukan.

Pembinaan jambatan sepanjang dua kilometer itu dijangka membantu lebih 200,000 kenderaan supaya tidak perlu meredah kesesakan di tengah bandar Klang untuk ke Kuala Lumpur atau ke Pelabuhan Klang.

-NFN-


Pengarang :