Kongres Nasional Khas PKR pinda perlembagaan 24 Nov | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Kongres Nasional Khas PKR pinda perlembagaan 24 Nov

SHAH ALAM 22 NOV : PKR akan mengadakan Kongres Nasional Khas pada 24 November ini (Ahad) untuk meminda perlembagaannya bagi memperkasakan parti itu.

logo-pkrKongres Khas itu akan diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, di sini yang bakal dihadiri 2,000 perwakilan seluruh negara termasuk Sabah Sarawak dan tetamu jemputan.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata Kongres Khas itu bagi membincangkan dan membahaskan cadangan-cadangan pindaan perlembagaan parti itu.


Kongres itu dicadangkan setelah PKR melihat sudah sampai masanya urusan pentadbiran parti dikemas kini dan sebagai langkah memenuhi tuntutan politik semasa di Malaysia.

Pindaan perlembagaan parti itu bakal memberikan lebih kuasa kepada anggota di peringkat akar umbi membuat keputusan untuk hala tuju parti dan memilih calon yang dirasakan sesuai.

PKR melakukan pindaan kali pertama ke atas perlembagaannya pada 1999 di mana Parti Ikatan Masyarakat yang tidak aktif dan berpangkalan di Terengganu ditukar kepada Parti Keadilan Nasional.

Pada 2003, pindaan kali kedua dilakukan dengan penyatuan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia yang membawa kepada pembentukan Parti Keadilan Rakyat (PKR sekarang).

Kali terakhir PKR meminda perlembagaan parti ialah pada tahun 2010 di mana parti itu menetapkan pemilihan secara langsung melalui seorang anggota satu undi.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION