Wan Azizah : PKR tingkat fungsi wanita untuk perkasa parti | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Wan Azizah : PKR tingkat fungsi wanita untuk perkasa parti

Oleh : SIRAJ MOHD ZAINI

SHAH ALAM 24 NOV : Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meminda perlembagaannya bagi meningkatkan fungsi wanita sebagai langkah awal memperkasakan parti bagi mendepani cabaran masa hadapan.

Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata fungsi wanita dalam parti itu ditingkatkan sehingga 30 peratus membabitkan penggubalan dan membuat keputusan untuk kepentingan semua.


Wan Azizah Kongres PKRKatanya, beberapa pindaan perlu dilakukan demi memastikan pengurusan parti berada di landasan betul dan selari dengan dasar perjuangan.

“Beberapa fasal yang kita akan pinda dan ubah adalah seperti Fasal 5.14 iaitu mengiktiraf martabat dan peranan wanita sebagai tonggak serta penggerak masyarakat, menghayati falsafah hormati wanita, memastikan wanita bebas daripada diskriminasi juga eksploitasi.

“Mengupayakan wanita untuk mencapai kesaksamaan dalam kepimpinan dan membuat keputusan dengan sekurang-kurangnya pembabitan 30 peratus demi memastikan hak serta kepentingan mereka terpelihara,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Kongres Nasional Khas PKR bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Kongres itu dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Sri Anwar Ibrahim, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) serta kira-kira 2,000 perwakilan termasuk Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, kongres khas berkenaan diadakan bagi membentang dan meluluskan beberapa pindaan terhadap perlembagaan parti sebagai memenuhi tuntutan semasa politik tanah air.

Sebelum ini, PKR meminda perlembagaan parti sebanyak tiga kali seperti penyatuan Parti Rakyat Malaysia dan Parti Keadilan Nasional yang membentuk PKR, pada 2003.

Kali terakhir PKR meminda perlembagaan parti adalah pada 2010 apabila parti itu menetapkan pemilihan secara langsung melalui seorang anggota, satu undi.

Antara pindaan pada kongres kali ini adalah jumlah undi untuk MPP dalam pemilihan parti yang dijangka berlangsung, pada April atau Mei 2014.

Pindaan perlembagaan parti itu juga bakal memberi lebih kuasa kepada anggota di peringkat akar umbi berkenaan hala tuju parti dan memilih calon sesuai.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION