Kos kesihatan bakal meningkat kerana GST | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Muhammad Asri Sapfie

Kos kesihatan bakal meningkat kerana GST

Gst biasa

KUALA LUMPUR 6 NOV : Kos penjagaan kesihatan akan meningkat dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), walaupun Menteri Kesihatan mengeluarkan kenyataan sebaliknya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata GST tetap memberi kesan kepada pengguna apabila pihak hospital masih perlu membayar GST untuk semua produk dan perkhidmatan yang dibeli daripada pembekal.


“Tanpa GST hospital contohnya membayar RM 50 pada pembekal dan menjual semula kepada pesakit pada harga RM 55 untuk keuntungan sepuluh peratus, dengan GST pihak hospital perlu membayar pembekal tambahan 6 peratus menjadikan kos RM 53.

“Adalah mustahil untuk pihak hospital untuk kekalkan kos jualan kepada pengguna dengan keuntungan hanya sekadar 3.8 peratus sahaja jika menjual pada harga sama, RM 53,” kata Tony Pua.

Isnin lalu, Datuk Seri S. Subramaniam mendakwa perlaksanaan GST pada 2015 tidak akan meningkatkan kos penjagaan kesihatan kerana ianya dikecualikan daripada GST.

“Katakan pihak hospital mahu kekalkan sepuluh peratus keuntungan seperti contoh tadi, maka harga akan menjadi RM 58.30 (RM 53 + RM 5.30), menjadikan pengguna terpaksa juga membayar nilai GST itu.

“Nampaknya, pihak BN yang sepatutnya berhenti daripada mengelirukan orang ramai dan mula tampil untuk berterus terang akan kesan GST,” katanya lagi.

Justeru, beliau berkata Pakatan Rakyat akan terus menentang perlaksanaan GST lebih-lebih lagi dalam keadaan pentadbiran negara yang dipenuhi ketirisan, rasuah dan amalan kronisme.

“Lebih teruk lagi, GST ingin dilaksanakan dalam keadaan lebih 80 peratus rakyat tidak mempunyai pendapatan cukup untuk membayar cukai pendapatan,” kata Tony Pua.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION