Larian Warga Emas PJ 2013 meriah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Larian Warga Emas PJ 2013 meriah

MBPJ warga emas 01

PETALING JAYA 1 NOV: Program Larian Warga Emas PJ 2013 yang diadakan di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendapat sambutan menggalakkan apabila disertai 300 perserta dari pelbagai lapisan masyarakat, di sini, pada 27 Oktober lalu.

Program itu adalah sebahagian inisiatif di bawah program pembangunan kemasyarakatan MBPJ sempena sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan yang disambut, pada 1 Oktober setiap tahun.


Ahli Majlis MBPJ,  Ahmad Akhir Pawan Chik, berkata program berkenaan dapat memupuk semangat perkongsian tanggungjawab sosial dan idea yang berkesan khususnya kepada warga emas.

“Peserta juga diberikan tips untuk menjaga kesihatan dengan lebih teratur dan sihat. Selain itu, nilai murni antara komuniti dapat diterap supaya dapat merapatkan jurang antara golongan warga emas dan generasi muda,” katanya.

Pada majlis itu, turut diadakan Program Warga Emas Sihat, Berkualiti, Meningkatkan Potensi Diri, selain dimeriahkan dengan aktiviti Fun Exercise, persembahan koir, pertandingan sukaneka dan cabutan bertuah.

MBPJ warga emas 02

Peserta juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan berat badan, tahap tekanan darah, kekuatan tangan dan kaki, nasihat pemakanan serta senaman khas sepanjang program itu berlangsung.

Program itu mendapat kerjasama Projek Melor (Malaysian Elders Longitudinal Research) Universiti Malaya yang terdiri daripada pakar perubatan dan ahli akademik pelbagai fakulti seperti perubatan, undang-undang, ekonomi dan pentadbiran, pendidikan, alam bina, kejuruteraan, sains komputer dan teknologi maklumat serta sains sukan.

Projek Melor membabitkan kumpulan yang menjalankan projek penyelidikan untuk digunapakai dan diaplikasikan kepada warga emas dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup mereka.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION