Majlis Makan MB bersama 120 perwakilan PKR Sabah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Majlis Makan MB bersama 120 perwakilan PKR Sabah

NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 25 NOV : Kira-kira 120 perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang menghadiri Kongres Nasional Khas 2013 diraikan dalam satu majlis makan malam dan ramah mesra di kediaman Menteri Besar, di sini, semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, majlis itu bertujuan mengeratkan hubungan antara dua negeri dan kejayaan negeri Selangor selepas mengambil alih pentadbiran dapat dijadikan contoh serta disebar kepada rakyat Sabah.


jamuan makan MB 04Katanya, beliau percaya dengan kejayaan yang ditunjukkan itu dapat memberi peluang dan mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Selepas lima tahun, kita bangunkan negeri yang maju kepada lebih maju dan usaha ini sudah menunjukkan kekuatan Pakatan Rakyat (PR).

“Saya juga percaya peluang ini mampu ditunjukkan kepada rakan di Sabah dan kita boleh mencapai kejayaan itu nanti,” katanya.

jamuan makan MB 01Sementara itu, Ketua PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin, berkata kepimpinan Abdul Khalid perlu dicontohi oleh perwakilan Sabah dan kejayaan Selangor juga memberi inspirasi kepada PKR negeri itu untuk bekerja keras mencapai kemenangan dalam PRU-14.

“Kita perlu mencontohi Selangor dan harus beri keyakinan penuh bahawa mampu memperolehi kemenangan dalam pilihan raya akan datang .

“Saya percaya dengan lembaran baru ini, kita dapat mencontohi kepimpinan Abdul Khalid dan berharap beliau dapat turun membantu kami bagi mencapai kejayaan seperti Selangor. Kami juga sedia membantu beliau dalam memperjuangkan reformasi untuk Malaysia,” katanya.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION