Mangsa kebakaran terharu terima bantuan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Mangsa kebakaran terharu terima bantuan

GOMBAK, 30 NOV : Tiga buah keluarga mangsa kebakaran di India Settlement di Gombak Utara terharu menerima bantuan daripada ADUN Gombak Setia baru-baru ini.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan menyampaikan sumbangan duit dan keperluan asas kepada mangsa dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga atas ujian yang menimpa.

OLYMPUS DIGITAL CAMERABeliau juga akan cuba untuk berbincang dengan kerajaan negeri untuk membantu membina kediaman baru bagi ketiga-tiga mangsa kebakaran tersebut.


Salah seorang mangsa kebakaran, Raymond, 30 tahun, berkata kejadian kebakaran yang berlaku pada 23 November baru-baru ini pada jam 7 pagi yang melibatkan 3 buah rumah terbakar hangus.

Menurut beliau lagi, rumah beliau dan jirannya hangus seratus peratus dan sebuah rumah lagi hangus dalam 50 peratus dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM 100,000 untuk ketiga-tiga buah rumah itu.

“Saya dan ahli keluarga terkejut kerana ketika itu saya, dan keluarga pergi membeli sarapan di luar. Kemudian, dimaklumkan oleh jiran, rumah kami sudah hangus terbakar” kata beliau dengan perasaan sedih.

Raymond yang berkerja sebagai driver van berkata, selepas kejadian beliau dan dua buah keluarga terpaksa menumpang di rumah jiran.

Mererka terpaksa berharap belas kasihan dari pihak berwajib untuk menghulurkan bantuan dan membina rumah untuk mereka kerana 3 buah keluarga tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Mahar Del, 50, yang turut terlibat dalam kebakaran berterima kasih dan terharu atas sumbangan pertama yang disampaikan.

“Saya sangat berterima kasih atas bantuan Adun dan ahli majlis kerana inilah sumbangan pertama yang kami terima dan masih menunggu bantuan dari JKM.

“Dengan sumbangan diberikan oleh Adun sedikit sebanyak membantu saya membeli barang keperluan anak-anak” jelas beliau.

Turut hadir dalam majlis sumbangan yang dilakukan di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, Zailah Kamaludin, Ahli Majlis MPS Zon 6 dan Mariyppan A/L Narayanasamy, Ketua Kampung India Settlement. Ahli Majlis tersebut turut menyumbangkan sumbangan wang.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION