Maria Chin dilantik pengerusi Bersih 2.0 baru | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Maria Chin dilantik pengerusi Bersih 2.0 baru

OLEH : AFIX REDZUAN,

KUALA LUMPUR 12 NOV – Aktivis, Maria Chin Abdullah, dilantik sebagai Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, (Bersih 2.0) yang baru selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan pertama gabungan berkenaan yang bakal diadakan pada 30 November ini.

maria chin bersihMaria Chin mendapat sokongan pencalonan daripada 13 NGO selepas tempoh pencalonan yang berakhir pada 8 November.


Pertandingan satu lawan satu bagi jawatan Naib Pengerusi Bersih 2.0 menyaksikan pertembungan antara Dr Ahmad Farouk Musa dan Syed Ibrahim Syed Noh.

Sementara perlawanan satu lawan satu turut berlaku bagi jawatan bendahari antara Masjaliza Hamzah dan Nahar Md Nor.

Lima calon bersaing bagi dua kerusi ahli jawatankuasa iaitu K Arumugam, Ng Chak Ngoon, Farhana Halim, Hishamuddin Rais dan New Sin Yew.

Seramai enam ahli jawatankuasa akan dilantik kemudian bagi peringkat negeri, bagi menambah kepada pasukan lima ahli dalam peringkat kebangsaan.

Kesemua mereka boleh berkempen sehingga tengah malam 29 November ini dan pemilihan akan diadakan di Perpustakaan Petaling Jaya pada 30 November.

Pemilihan kali ini turut melibatkan pengundian pos untuk kumpulan NGO Sabah dan Sarawak. Kertas pengundian akan mula dihantar keluar bermula hari ini dan mereka perlu memulangkannya semula kepada Sekateriat sebelum 30 November ini.

Sebanyak 90 organisasi dalam Bersih 2.0 akan mempunyai satu undi dalam pemilihan pada 30 November ini.

Ahli Jawatankuasa Pemilih Bersih 2.0, Stanley Yong berkata, pengumuman rasmi mengenai jawatankuasa pemandu itu akan hanya dibuat pada 30 November meskipun tiada pertandingan bagi jawatan pengerusi.

Beliau menambah, terserah kepada pucuk pimpinan baru Bersih 2.0 untuk menentukan status Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk A Samad Said yang sebelum ini mengetuai Bersih 2.0.

– EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION