SELANGOR

MB hadiri makan malam bersama kakitangan MITST

Oleh : Afeeqa Afeera

Gambar : Remy Ariffin

SHAH ALAM 20 NOV : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluangkan masa lebih sejam bersama kakitangan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITST) Selangor dalam satu majlis makan malam di Restoran Antan Batura, di sini, semalam.

MB makan malam 02Majlis yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran EXCO negeri antaranya Dr Halimah Ali dan Sallehin Mukhyi serta Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Prof Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri.

Program itu bersempena Konvensyen keempat bagi Sekolah Agama Menengah Tahfiz Aliran Sains yang mendapat kerjasama antara KUIS, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS )dan Universiti Selangor (UNISEL).

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan berusaha untuk memenuhi permintaan ibu bapa bagi menempatkan anak mereka di sekolah maahad tahfiz.

Katanya, Selangor hanya memiliki tiga buah sekolah maahad tahfiz aliran sains iaitu di Klang, Istana Bandar Jugra dan Sabak Bernam.MB makan malam 01

“Kita tidak memiliki bilangan sekolah yang banyak untuk menampung permintaan ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke sini.

“Kita tidak janji, tetapi akan berusaha untuk menempatkan pelajar terpilih ke sekolah ini danb ibu bapa perlu bersabar,” katanya.

-NFN-


Pengarang :