MB nafi pemaju sukar bina projek rumah di Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

MB nafi pemaju sukar bina projek rumah di Selangor

MB deepavali event 02

KLANG 1 NOV : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan sesetengah pemaju perumahan yang menghadapi kesukaran untuk membina projek perumahan di negeri itu.

Abdul Khalid menegaskan pembangunan Selangor semakin bertambah selepas Pakatan Rakyat (PR) menerajui pentadbiran negeri itu, pada 2008.


Katanya, beliau juga sudah mengumumkan terdapat RM38 bilion pembangunan yang akan dibangunkan di Selangor untuk jangka masa panjang, baru-baru ini.

“Kenyataan itu tidak benar kerana pembangunan negeri semakin bertambah sejak PR menerajui pentadbiran Selangor,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Sambutan Deepavali di Little India, di sini, semalam.

Abdul Khalid berkata, kemudahan prasarana yang baik juga mesti diselaraskan dengan jika ingin membangunkan sebarang bentuk pembangunan.

“Kini, sudah tiba masanya untuk kita menetappkan bahawa setiap pemaju perlu memberi sumbangan kepada prasarana. Pemaju juga perlu melaksanakan sistem perparitan dan jalan raya dengan baik.

“Asperk berkenaan tidak dimasukkan dalam perancangan sebelum ini, tetapi kini kita akan sertakan sekali supaya dapat menentukan masa depan pembeli rumah dijaga dengan baik,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Eksekutif Glomac Bhd, Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor, mendakwa kerajaan negeri mengenakan tekanan terhadap pemaju perumahan termasuk mengenakan pelbagai kos tambahan hingga menyebabkan kos perniagaan mereka meningkat.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION