MB : Pemaju Bukit Cermin perlu baiki cerun, kemuka semula permohonan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


MB : Pemaju Bukit Cermin perlu baiki cerun, kemuka semula permohonan

Kerajaan Selangor telah mengeluarkan arahan kepada pemaju Kingsley Hills Sdn Bhd (Kingsley) untuk melakukan kerja-kerja pembaikan cerun di kawasan runtuhan Bukit Cermin di Putra Height seperti disarankan oleh perunding bebas yang dilantik kerajaan negeri.

Kingsley juga telah memberi komitmen bertulis untuk melakukan kerja-kerja pembaikan cerun seperti yang disaran dan diperincikan oleh tiga perunding bebas iaitu Nexus Engineering Consultan (NEC), Perunding KHS & Mohd. Asbi & Associates.

Sehubungan itu, Kerajaan negeri menarik balik arahan pemberhentian kerja-kerja pembangunan bagi membolehkan kerja pembaikan dilakukan oleh pihak pemaju seperti yang dipersetujui.


Bagaimanapun, ini tidak bermakna Kingsley boleh meneruskan pembangunan hartanah kerana mereka perlu mengemukakan semula pelan kerja tanah dan pelan pembangunan uuntuk pertimbangan semula Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Keputusan ini dibuat selepas kerajaan negeri mendengar taklimat daripada MPSJ dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang diadakan dua minggu lalu.

Dalam mesyuarat MTES itu, beberapa keputusan lain juga telah dibuat untuk dipatuhi oleh pemaju antaranya;

a. Menyediakan As Built Structural Discontinuity Mapping bersama-sama dengan semua cadangan memperkukuhkan cerun;

b. Mengadakan kajian terperinci samada terdapat kesesuaian memotong puncak bukit untuk mewujudkan cerun yang lebih landai kepada keseluruhan tapak;

c. Mengadakan perundingan pembelian dengan pemilik-pemilik tanah 5 lot tanah bermilik di atas puncak bukit supaya kerja-kerja pembangunan dan pembinaan dapat diintegrasikan. Ini akan menjadikan keseluruhan Bukit Cermin dimiliki oleh pemilik tunggal yang akan memudahkan kerja pembangunan di atas tapak; dan

d. Mengemukakan semula pelan kerja tanah dan pelan keseluruhan pembangunan untuk pertimbangan semula MPSJ.

Perlu diingatkan bahawa pembekuan pembangunan cerun kelas 3 & 4 masih terpakai dan Kerajaan Negeri komited untuk memantau mana-mana permohonan pembangunan cerun dengan teliti agar kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan kehilangan harta dan nyawa boleh dielakkan.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION