Selangorkini
SELANGOR

MB: Tiada tangguhan kenaikan gaji tapi boleh bincang

Oleh Afeeqa Afeera

SHAH ALAM 29 NOV: Isu kenaikan gaji ahli Dewan Negeri Selangor (DNS) yang dilulus, kelmarin boleh dibincang semula jika benar-benar ada keperluan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menegaskan tidak akan menangguh kenaikan gaji yang dijadual bermula 1 Januari tahun depan kerana mendapat persetujuan semua ADUN dari Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN), beliau berkata:

1234“Insya-Allah (kenaikan) ini akan diteruskan kerana perkara ini sudah dibincangkan dan diluluskan di dewan tetapi boleh dibincang semula kalau perlu,” katanya kepada pemberita di lobi dewan itu, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad, berkata Pakatan Rakyat (PR) Selangor akan cuba menyelesaikan kemelut kenaikan gaji itu dalam mesyuarat mereka pada 4 Disember ini.

Memetik The Malaysian Insider, mesyuarat itu dijangka akan meminta penjelasan mengenai kewajaran kenaikan gaji yang menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak.

-EZY


Pengarang :