MBSA peruntuk RM80 juta jaga kebersihan bandar | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


MBSA peruntuk RM80 juta jaga kebersihan bandar

OLEH : SIRAJ MOHD ZAINI,

SHAH ALAM 13 NOV : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan sebanyak RM80 juta sepanjang tahun bagi tujuan pembersihan sampah sarap, longkang dan penjagaan alam sekitar.

Datuk Mohd Jaafar Mohd AtanDatuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata MBSA kini sedang bergiat untuk menjadikan bandar raya Shah Alam sebagai bandar bertaraf dunia.


Katanya, untuk tujuan itu, aspek kebersihan dan penjagaan merupakan tunggak utama yang perlu diambil kira demi mencapai cita-cita berkenaan.

“Saya nak jadikan Shah Alam sebuah bandar yang terkemuka, dan ianya bukan tugas yang mudah,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program ‘Chefmanship Academy’ bersama Unilever Food Solutions Malaysia di Dewan Auditorium MBSA, di sini.

Seramai lebih 700 pengusaha premis makanan yang berdaftar dengan MBSA hadir ke program yang memberi pendidikan dan nasihat terhadap aspek penjagaan kebersihan premis, keterampilan diri semasa menguruskan dan menyediakan makanan.

Mohd Jaafar berkata, MBSA menyediakan sebanyak 50 kontraktor bagi tujuan mengutip sampah sarap di bandar itu.

“Untuk sampah domestik, kita ada 50 kontraktor, ambil semua, kalau kawasan komersil di Shah Alam, rumah kedai, kita ambil tujuh hari setiap hari, kalau rumah teres dan rumah semi D, dua hari sekali, rumah kos rendah kita ambil tiap-tiap hari.

“Maknanya kawasan komersil dan kawasan rumah kos rendah, ini rumah yang mengeluarkan banyak sampah, ini yang kita ambil tiap-tiap hari tanpa gagal,” katanya lagi.

Katanya, MBSA juga menyediakan sebanyak 174 kontraktor yang mengendalikan pembersihan longkang, sampah pukal serta memotong rumput.

“Kita ada 174 kontraktor, potong rumput, bersih longkang dan sampah pukal, ini dua kalau campurkan, kita memperuntukkan sebanyak RM80 juta, itu baru kontraktor, belum lagi jika kita hantar ke Jeram atau ke pusat pemindahan sampah, kita bayar tips kepada mereka lagi,” katanya lagi.

– EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION