Selangorkini
SELANGOR

MBSA sedia skrin layar perlawanan akhir Piala Malaysia

layar-bola-1

SHAH ALAM 2 NOV – Bersempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Kelantan dan Pahang, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menyediakan skrin layar di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada esok, 3 November mulai jam 8 malam.

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, inisitiaf itu bagi meraikan peminat bola sepak tempatan yang gagal mendapatkan tiket perlawanan yang diadakan di Stadium Shah Alam malam esok.

Sehubungan itu, MBSA menasihatkan orang ramai supaya menonton perlawanan akhir tersebut dengan penuh semangat kesukanan dan memberikan kerjasama baik kepada pihak MBSA agar perlawanan dapat disaksikan dengan penuh berhemah dan tertib.

“Pihak MBSA menjangkakan orang ramai akan membanjiri Dataran Kemerdekaan untuk menyaksikan perlawanan ini, sehubungan itu pihak MBSA ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

Pihak Majlis juga akan menyediakan tong sampah secukupnya bagi memudahkan orang ramai untuk membuang sampah secara teratur,” katanya dalam satu kenyataan.

EZY


Pengarang :