Mohamad Sabu menang Timbalan Presiden PAS, keputusan naib presiden esok | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Mohamad Sabu menang Timbalan Presiden PAS, keputusan naib presiden esok

SHAH ALAM 23 NOV: Mohamad Sabu dipilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.

logo59Beliau mendapat 588 undi sementara Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar (490 undi).

Pengumuman  dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi sebentar tadi.


Memetik Harakah Daily,  kiraan semula sedang dibuat bagi jawatan Naib Presiden PAS.

Malaysia Kini pula melaporkan, keputusan bagi jawatan berkenaan yang menyaksikan Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa mempertahan jawatan berkenaan, dijangka diumum esok – hari terakhir muktamar itu.

Bagi Ahli Jawatankuasa AJK PAS Pusat pula dimenangi Idris Ahmad, Kamarudin Jaafar, Khalid Samad, Mazlan Aliman, Hanipa Maidin, Mohd Hatta, Nizar Jamaluddin, Mujahid Yusof, Nasruddin Hassan, Nik Abduh, Nik Zawawi, Siti Mariah, Syed Azman, Amiruddin Hamzah, Dzulkifli Ahmad, Riduan Md Nor, Nuridah Salleh dan Dr Mahfodz.

– FZL

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION