MPK pertingkat pembersihan elak banjir | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

MPK pertingkat pembersihan elak banjir

jpp 2

KLANG 2 NOV : Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersiap sedia dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan terutama longkang besar dan kolam tadahan banjir untuk berhadapan bencana alam terutama banjir.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, MPK melalui Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) mempunyai dua pasukan khas terdiri daripada lapan kakitangan yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan terlibat.


Menurutnya, kerja pembersihan itu dilakukan mengikut jadual dan Kolam Tadahan Berkeley merupakan lokasi ketiga selepas Taman Sentosa dan sebelumnya pembersihan berhampiran Sekolah Menengah La Salle,di sini.

“Kerja-kerja pembersihan mengambil masa satu hari dan ia perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan sampah sarap yang tersekat dapat dibersihkan dan melancarkan aliran air.

jpp 3

“Kawasan sekitar juga akan dibersihkan bagi memastikan sampah sekitarnya masuk ke dalam longkang atau kolam tadahan banjir berhampiran,” katanya.

Norfiza berkata, kerja pembersihan seperti ini merupakan komitmen MPK terutama visi dan misi Yang Di Pertua MPK,Datuk Muhammad Yacob yang menekankan aspek asas perbandaran diberi perhatian serius.

Menurutnya,isu yang berkaitan akan dibawa ke dalam Mesyuarat Tindakan Penguatkuasaan bagi mencari alternatif  terbaik menyelesaikan permasalahan terutama yang berkaitan dengan masalah setempat.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION