Selangorkini
SELANGOR

Norazita pesan anak tekun belajar sebelum ditembak

kes tembak 4

SHAH ALAM 8 NOV : “Mama pesan belajar rajin-rajin dekat saya dan adik,” kata anak sulung arwah pegawai bank, Norazita Abu Talib yang ditembak pengawal keselamatan, di Ambank USJ, pada 23 Oktober lalu.

Kes tembak 1

Nurisa Nabilah Irwan, 12, berkata pesan arwah ibunya masih kekal dalam ingatan dia dan adiknya, Muhammad Hazimi Irwan, 8, dan akan terus dijadikan semangat untuk cemerlang dalam pelajaran.

Nurisa yang baru sahaja tamat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), berkata kehilangan Norazita adalah satu tamparan hebat buatnya dan Hazim, namun sokongan ayah mereka, Irwan Kamaruddin, membuat mereka tabah.

Sementara itu, Irwan, 37, yang juga bekerja sebagai pemandu peribadi turut melahirkan rasa syukur atas sumbangan dan keprihatinan kerajaan negeri yang cuba membantu meringankan beban keluarga mereka.

“Segala tugasan yang selama ini dipikul arwah isteri, kini menjadi tanggungjawab saya. Kini, saya memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak saya.

kes tembak 2

“Saya berharap pihak polis segera menyelesaikan kes ini dan mencari penyelesaian supaya tidak berulang dan tidak ada lagi keluarga lain menghadapi situasi ini,” katanya.

Irwan berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini sempena sesi penyerahan sumbangan kerajaan negeri bernilai keRM5,000 yang disampaikan Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan Haniza Talhah, di kediamannya, di sini, semalam.

Rodziah berkata, kerajaan negeri sedia membantu dalam bentuk guaman jika Irwan ingin membawa perkara terbabit ke mahkamah bagi tujuan saman.

“Saman ini bukan bertujuan untuk membalas dendam tetapi lebih kepada memastikan bahawa semua pihak, terutama pengurusan sesebuah syarikat lebih peka dalam pemilihan anggota keselamatan supaya kejadian seperti sama tidak berulang.

“Kita juga akan memberi bantuan dalam bentuk nasihat guaman dan peguam supaya pihak Irwan dapat penjelasan menyeluruh berkenaan kes ini,” kata Rodziah.

kes tembak 3

-NFN-


Pengarang :