SELANGOR

NUFAM: Berbincang atau berarak ke Putrajaya

OLEH : AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA 16 NOV – Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) memberikan tempoh seminggu kepada pengurusan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk berbincang mengenai tuntutan mereka yang dinafikan sejak sekian lama.

d (1)Sekretariat Nufam, Mahmood Abdullah, berkata sekiranya tidak ada sebarang tindakan, Nufam tidak akan teragak-agak untuk berarak ke Putrajaya dan menyerahkan memorundum kepada Perdana Menteri.

Katanya tindakan tidak demokratik pengurusan dikecam sehingga mengakibatkan Presiden Nufam, Ismail Nasaruddin digantung tugas selepas menerima surat penggantungan pada 8 November lalu dan diberikan surat tunjuk sebab.

Mahmood berkata, rundingan bersama perlu dilakukan segera perlu dibuat demi mencari jalan penyelesaian kedua-dua belah pihak dalam suasana menang-menang.

“Kami menuntut pihak pengurusan MAS jangan memperlekehkan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Artikel 59 dan Convention ILO 87 – Union Nation mengenai hak bersuara dan hak kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas sebagai persatuan.

b“Selain itu kami turut menuntut pengurusan MAS menerima dan memulakan perbincangan bersama Nufam mengenai Perjanjian Kolektif untuk Anak Kapal Kabin MAS,” kata Mahmood kepada ketika sidang media di sini.

Sebelum ini diadakan satu pertemuan yang menyaksikan Nufam mengemukakan 40 tuntutan untuk penambahbaikkan pengurusan MAS terutama hak anak kapal.

Antaranya adalah hak mengenai cuti tahunan, perubatan, masalah berat badan, pengangkutan, semakan semula gaji dan elaun serta pemecatan pekerja.

Ini kerana, ada diantara anak kapal mengalami masalah kesihatan kesan daripada tempoh bekerja yang terlalu lama sehingga ada diantara mereka mengalami masalah ‘slip disc’.

Ismail digantung pihak pengurusan kerana didakwa memberikan kenyataan kepada media ‘mewakili syarikat’ beberapa minggu lalu.

Namun ketika beliau memberikan kenyataan, beliau bercakap atas kapasiti Presiden Nufam dan bukannya mewakili MAS.

Ketika membuat kenyataan, Ismail tidak menggunakan sebarang kemudahan MAS apatah lagi memakai pakaian seragam bertugas.

“Ini adalah satu persoalan dimanakah saya sebagai ketua kesatuan tidak boleh membuat kenyataan media?, Mereka (MAS) berharap saya diam selepas digantung tugas, tetapi salah.

“Saya tidak akan izinkan sebarang bentuk penindasan terhadap petugas kabin,” kata Ismail.

Katanya, Nufam juga tidak teragak-agak untuk mendedahkan segala aktiviti penyelewengan yang berlaku sepanjang 30 tahun.

“Kalau pekerja rebah siapa yang ingin bertanggungjawab, Bila kita beritahu ertinya kami mempunyai bukti. Kami mahu mereka uruskan jadual kerja dengan teratur,” katanya lagi.

-EZY


Pengarang :