Pelajar Universiti Narotama timba pengalaman di UNISEL | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Pelajar Universiti Narotama timba pengalaman di UNISEL

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 19 NOV: Peserta Program Pertukaran Pelajar Universiti Selangor (UNISEL) – Universitas Narotama Indonesia berharap slogan UNISEL, ‘Shaping Society’ yang bermaksud membentuk masyarakat dapat diterapkan dalam kehidupannya sebagai pelajar sekembalinya ke Indonesia nanti.

Pelajar Fakulti Ekonomi, Universitas Narotama, Fitriana, 20, berkata sebagai pelajar menara gading, mahasiswa merupakan kelompok penting dalam membentuk daya pemikiran masyarakat.


OLYMPUS DIGITAL CAMERA“Tagline Shaping Society UNISEL bagi saya menarik dan boleh diterapkan di kalangan pelajar di Indonesia kerana golongan mahasisawa merupakan golongan penting dalam mencorakkan masa hadapan masyarakat,” kata Fitriana

Mengulas program pertukaran pelajar UNISEL-Universitas Narotama, Fitriana menganggapnya sebagai peluang untuk beliau mendalami kehidupan masyarakat di Malaysia khususnya golongan pelajar di UNISEL.

“Ini satu pengalaman berharga untuk saya bawa pulang ke Indonesia nanti apatah lagi berpeluang belajar di Selangor yang saya ketahui sebuah negeri paling maju di negara ini,” kata Fitriana ketika ditemui Selangor Kini selepas Majlis Penyerahan Pelajar Program Pertukaran Pelajar di Kampus Utama UNISEL.

OLYMPUS DIGITAL CAMERASementara itu, pelajar jurusan sama, Intan Tri, 21 pula berkata beliau terharu dengan sambutan dan layanan yang diberikan oleh masyarakat di sini terhadap beliau.

“Saya sangat gembira dengan sambutan di sini, mesra dan layanan baik dari semua pihak terlibat dan saya juga berharap mendapat kerjasama dan tunjuk ajar dari pensyarah dan rakan hingga tamat program ini nanti,” kata Intan.

Kata beliau lagi, walaupun terdapat beberapa polemik percanggahan pendapat dalam beberapa isu antara Malaysia-Indonesia, itu tidak menghalang Universitas Narotama menjalin hubungan dengan UNISEL.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAManakala Pelajar Fakulti Sains Komputer universiti sama, Ade Chandra pula berkata beliau berbangga dipilih menyertai program selama sebulan ini.

“Ini peluang untuk saya bertukar pendapat dengan pelajar di sini di samping mengenali budaya dan kehidupan masyarakat di sini,” kata beliau dalam majlis sama.

-EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION