Pengintipan : AS dan Australia digesa beri penjelasan terbuka | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

Pengintipan : AS dan Australia digesa beri penjelasan terbuka

shamsul-iskandar-pkr(1)

SHAH ALAM 2 OKT : Kedutaan Amerika dan Australia digesa memberikan penjelasan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, berikutan kegiatan tidak bermoral mereka mengintip pergerakan pemimpin politik di Malaysia.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata, AMK menggesa kegiatan pengintipan ini dihentikan serta merta, malah Kerajaan Pusat seharusnya memanggil segera Duta AS dan Australia dan meminta penjelasan daripada mereka.


“AMK senada dengan ketegasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap kedua-dua negara yang tidak langsung menghormati persahabatan yang sudah terjalin di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat dan Australia.

“Aktiviti Pengintipan ini bukan merupakan suatu yang remeh, malah ia mencetus kebimbangan, banyak rahsia negara sudah berada di dalam gengaman pihak perisikan AS dan Australia,” kata Shamsul dalam satu kenyataan.

Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil turut mengesa Putrajaya bertindak segera menghantar nota bantahan kepada Kedutaan AS dan Australia, kerana dibimbangi mereka akan memanipulasi keterlibatan Malaysia di dalam perbincangan berkaitan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).

Kata beliau, kes itu harus dipandang serius kerana kerana sebelum ini dunia dikejutkan berikutan pendedahan ‘whistleblower’ Edward Snowden melalui Der Spiegel dan Sydney Morning Herald mendakwa risikan Amerika Syarikat menggunakan kedutaannya serta suruhanjaya tinggi milik Australia, termasuk kedutaan dan suruhanjaya tinggi kedua-dua negara di Kuala Lumpur.

Operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi “STATEROOM” dan turut melibatkan Britain dan Kanada yang didakwa memintas maklumat radio, telekomunikasi, dan Internet, dan rata-rata aktiviti pintasan dilakukan tanpa pengetahuan duta di kedutaan dan suruhanjaya tinggi itu.

“AMK menggesa rakyat Malaysia, supaya mencontohi rakyat Jerman, yang bangkit membuat bantahan kepada AS, berikutan pengakuan mereka membuat intipan dan merakam perbualan telefon Canselor Jerman, Angela Merkel.

“Perkara ini tidak boleh kita diamkan sama sekali, sehubungan itu AMK akan berbincang dengan Dewan Pemuda PAS Malaysia dan DAPSY untuk tindakan selanjutnya,” kata Shamsul.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION