Penguatkuasa dibekal senjata api tidak praktikal | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Penguatkuasa dibekal senjata api tidak praktikal

NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR 13 NOV : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membantah cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melengkapkan pegawai penguatkuasanya dengan senjata api.

rafiziBeliau berkata, cadangan itu bukan merupakan langkah terbaik untuk menangani jenayah dan menjaga keselamatan.


Sebaliknya, beliau menegaskan kadar jenayah yang semakin meningkat itu berpunca daripada kegagalan polisi dan kelemahan penguatkuasa.

Beliau berpendapat langkah membekalkan senjata api itu akan memburukkan lagi keadaan.

“Penelitian mendalam perlu dilakukan untuk membekalkan senjata api kepada agensi kerajaan.

“Bila ia akan berakhir? Pegawai daripada Jabatan Kastam sudah ditembak sebulan lalu, adakah ini bermakna semua orang perlu dibekalkan dengan senjata api?” soalnya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen, di sini.

Rafizi yang juga merupakan Pengarah Strategi PKR, turut mengaitkan insiden April lalu di mana Timbalan Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya.

“Selepas ini kita mungkin ada kes pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri pula ditembak kerana mengutip cukai. Adakah senjata api juga akan dibekalkan?”, katanya.

Malah, beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN), adalah agensi yang perlu dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan awam terjamin.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION