Pengunjung Facebook Media Selangorku sokong naik gaji tapi… | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Pengunjung Facebook Media Selangorku sokong naik gaji tapi…

Oleh  Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 28 NOV: Kebanyakan pengguna Facebook Media Selangorku menyifatkan Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker dan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor berhak menerima kenaikan gaji.

Mereka mengangap ia munasabah ekoran prestasi membanggakan Kerajaan Selangor yang mencatat pelbagai kejayaan hingga mampu memberi banyak kebajikan kepada rakyat.


Antaranya, peningkatan rizab tunai hampir RM3 bilion – tertinggi dalam sejarah, selain kejayaan membawa pelaburan asing berjumlah RM50 bilion dalam tempoh 2008 hingga 2013.

gaji1Zahrin Muhd bersetuju dengan kenaikan itu dan membandingkan prestasi hasil kerja mereka dalam mengurus pentadbiran dan kewangan negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak setuju jika gaji tinggi tetapi pada masa sama wang rakyat dibazir atau disalah guna dalam skandal projek fidlot kebangsaan (NFC) berjumlah RM250 juta.

Firdaus Ghani pula tidak kisah gaji besar asalkan rakyat hidup senang dengan apa yang sudah diusahakan

“Sebab itu rakyat Selangor tidak kisah mereka hendak naik gaji, ia berbaloi dengan apa yang mereka usahakan untuk rakyat Selangor,” katanya.

Ahmed Hemo berkata, jika kenaikan gaji itu boleh mengelakkan mereka dari amalan rasuah, memang ia harus dipersetujui.

Pemilik akaun atas nama Suara Kebangkitan Rakyat pula berkata: “Ok la tu Rizab negeri pun meningkat ke RM2.7 bilion jika hendak banding zaman Khir Toyo RM500 juta sahaja pada 2007,” katanya.

Bagi Nazri Ridhuan, jika ADUN menjaga dan mengurus tadbir negeri dengan baik, kenaikan itu tiada masalah kerana rakyat dapat manfaat dan pemimpin pun patut dihargai.

“…bukan macam kerajaan pusat…boros hutang melambung…kalau naik gaji lagi memang la tidak patut,” katanya.

Bagaimanapun, sebahagian lain kurang senang dengan kadar kenaikan itu walaupun bersetuju ia wajar dinaikkan.

“Aku setuju dinaikkan gaji tapi janganlah terlalu tinggi bagi sesetengah jawatan,” kata Afiy Shah.

Zahid Razali pula berkata: “Naik terlalu banyak. Utamakan rakyat di negeri Selangor dulu. Ramai yang bergaji rendah di Selangor.”

– FZL

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION