Peniaga Seksyen 2 dakwa MBSA keluar saman tanpa notis | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Peniaga Seksyen 2 dakwa MBSA keluar saman tanpa notis

Peniaga Seksyen 2 MBSA 01

SHAH ALAM, 3 NOV : Lebih 47 peniaga di Medan Selera Prima Dua, di sini mempersoal tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)  yang didakwa mengenakan saman ke atas premis mereka tanpa sebarang notis pemberitahuan.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Seksyen 2, Hanim Mohd Said, mendakwa, saman itu merujuk kepada kesalahan meletakkan papan tanda tanpa lesen di premis perniagaan.


Beliau berkata, tindakan drastik daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu bermula pada 30 Oktober lalu dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan ke atas premis berkenaan.

“Kami tidak pernah diberitahu tentang perkara ini kerana pemasangan papan tanda di setiap premis dibuat oleh pihak Konsortium Permodalan Shah Alam Sdn Bhd sejak lima tahun lalu.

“MBSA sepatutnya berbincang dengan peniaga atau memberi notis terlebih dahulu sebelum mengeluarkan saman.

“Kami merayu supaya pihak MBSA memansuhkan saman ini, tidak sepatutnya segala masalah dikenakan ke atas peniaga sahaja,” katanya dalam satu sidang media di medan selera itu.

Hanim turut mempertikai tindakan MBSA yang merampas alatan pembakaran ikan bakar di premis berkenaan tanpa alasan munasabah.

Katanya, MBSA bukan sahaja gagal mengikuti syarat notis pemberitahuan tujuh hari yang dikeluarkan, malah didakwa tidak pernah mengendahkan surat rayuan yang dihantar persatuan penjaja di situ berhubung perkara berkenaan.

Peniaga Seksyen 2 MBSA 02

“Kami dah beri surat rayuan pada 13 September lalu memohon supaya perkara ini dibincang semula, tetapi malangnya ia tidak dilayan.

“Kenapa kena mansuhkan perniagaan ikan bakar sedangkan tempat membakar ini disediakan pihak konsortium sendiri. Ini tidak adil,” katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menggesa MBSA supaya membatalkan segala saman yang dikeluarkan ke atas premis berkenaan selain meminta PBT itu merujuk kepada pihak konsortium.

Katanya, MBSA juga sepatutnya mengadakan perbincangan bersama penjaja di situ dan memberi khidmat nasihat untuk mengawal pengeluaran asap daripada pembakaran ikan bakar yang didakwa mencemarkan kawasan itu.

“MBSA perlu bincang dan cari cara nak selesai masalah. Kena cari penyelesaian dua pihak.

“Saya minta PBT janganlah bertindak melulu kerana sebagai badan yang dipertanggungjawabkan, MBSA perlu ada sikap menolong bukan hendak saman sepanjang masa,” katanya.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION