Selangorkini
SELANGOR

Pertukaran pelajar UNISEL-Universitas Narotama, tingkat hubungan dua hala

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 18 NOV: Kehadiran 12 pelajar dari Universitas Narotama, Surabaya, Indonesia ke Universiti Selangor (UNISEL) dilihat mampu memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama dua institusi pengajian tinggi berprestij itu.

Pelajar pengajian Fakulti Ekonomi dan Komunikasi Media dari universiti berusia 32 tahun Indonesia itu hadir hari ini menerusi program pertukaran pelajar UNISEL-Universitas Narotama yang diadakan selama sebulan di Kampus Utama Unisel di sini.

Anuar AhmadNaib Canselor UNISEL, Prof Anuar Ahmad, berkata pelajar yang terpilih diharap dapat memanfaatkan pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang berada di UNISEL.

“Pelajar di sini terdiri dari Melayu, Cina dan India masing-masing mempunyai budaya tersendiri yang boleh pelajar terokai untuk mengenali lebih dekat tentang budaya di sini.

“Saya percaya anda akan mendapat ilmu yang boleh dimanfaatkan apabila pulang ke Indonesia nanti,” kata Prof Anuar ketika mengalu-alukan ketibaan 29 anggota delegasi yang diketuai Rektor Universitas Narotama, Rr Iswachyu Dhaniarti.

OLYMPUS DIGITAL CAMERASelain Unversitas Narotama, UNISEL turut menjalin hubungan dengan hampir 100 institusi pengajian tinggi di seluruh Indonesia.

Sementara itu dalam ucapan balas, Iswachyu turut mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar UNISEL ke Universitas Narotama.

Tambah beliau lagi, program seperti ini memberi peluang kepada para pelajar mengenali pelbagai budaya antarabangsa yang dibawa pelajar-pelajar antarabangsa.

“Melalui program ini kerjasama terjalin antara Universitas Narotama dan UNISEL semakin erat,” kata Iswachyu.

Unisel GrafikDi UNISEL, selain pelajar tempatan, juga terdapat pelajar antarabangsa dari lebih 40 buah negara dari Timur Tengah, Afrika dan lain-lain.

Universitas Narotama merupakan universiti terkemuka Indonesia yang telah memperolehi pelbagai pencapaian utama dalam dunia keilmuan di Indonesia.

Antara pencapaian Universitas Narotama termasuklah dianugerahkan sijil ISO 9000:2000 (Survilance Audit II) dari TUV NORD pada 2004, ‘Good Practises Campus’ dalam penerapan Sistem Pengurusan Perguruan Tinggi (SMPT) dari DIKTI, tahun 2009, Penghargaan Tata Kelolah dan Kelembagaan dari Kopertis VII, Tahun 2011, Peringkat ke-2 Eco Campus, BLH Pemkot Surabaya 2011 dan lain-lain.

-EZY


Pengarang :