Perutusan Sambutan Deepavali 2013 – Anwar Ibrahim | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Saiful Asraf

Perutusan Sambutan Deepavali 2013 – Anwar Ibrahim

anwar ibrahim parliament 2

Pesta cahaya yang meraikan kemenangan keadilan ke atas kezaliman sekali lagi disambut oleh masyarakat Hindu di Malaysia dengan penuh semangat kekeluargaan dan pengeratan semula hubungan sesama keluarga dan kenalan.

Kegembiraan ini sememangnya terpancar melalui hiasan beraneka rupa, hidangan juadah pelbagai rasa dan pakaian tradisi yang penuh warna-warni.


Dalam meraikan ‘kemenangan’ ini, jangan teman-teman lupa akan pengajaran disebalik perayaan Deepavali iaitu penerusan perjuangan menegakkan kebaikan dan keadilan serta penentangan penuh terhadap setiap kejahatan dan kezaliman.

Perjuangan memperbaiki taraf hidup kaum India di Malaysia terutama sekali di dalam isu pendidikan dan kebajikan rakyat luar bandar wajib terus diperjuangkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ini penting demi memastikan masalah jurang antara yang kaya dan yang miskin – tanpa mengira kaum, sememangnya – akan dapat diatasi.

Ketika menyambut perayaan ini di dalam suasana penuh kegembiraan, jangan juga lupa akan jiran-jiran dan rakan taulan yang kurang bernasib baik. Kongsilah kegembiraan anda bersama mereka semampunya.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Deepavali Nal Valthukal” sempena sambutan Deepavali pada tahun ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION