PKNS sumbang RM9,000 mangsa kebakaran Flat Kerinchi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

PKNS sumbang RM9,000 mangsa kebakaran Flat Kerinchi

Nurul Izzah bantuan rmh terbakar

KUALA LUMPUR 2 NOV : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyampaikan sumbangan berjumlah RM9,000 kepada  Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan mangsa kejadian kebakaran yang berlaku di Flat Kerinchi, di sini.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata PKNS prihatin dengan mangsa kebakaran itu dan telah melakukan lawatan ke pusat penempatan sementara di Pusat Komuniti Lembah Pantai.


PKNS diwakili oleh Kontroler Pembangunan Wilayah Tengah, Roziah Ahmad dan Pengurus Bahagian Perkhidmatan Pelanggan PKNS, Tuan Hj Wazir Abdul Ghani.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut sama menyantuni mangsa-mangsa kebakaran.

Kebakaran yang berlaku di aras 16 flat berkenaan dilaporkan bermula sekitar jam 4 petang pada 31 Okt itu melibatkan 6 buah rumah.

“Salah seorang mangsa adalah Pengerusi JMB Kampung Kerinchi Zambri Mohd Tenang. Sumbangan ini merupakan sebahagian dari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PKNS dan cuba untuk meringankan beban mangsa kebakaran itu,” kata Ishak dalam satu kenyataan.

Flat tersebut diserahkan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) pada tahun 2011 oleh PKNS selaku pemaju dikawasan berkenaan.

Sementara itu. Nurul Izzah turut melancarkan tabung derma kilat bagi membantu mangsa kebakaran di Flat PKNS 17, Kampung Kerinchi.

“Sumbangan boleh dibuat melalui Akaun Ahli Parlimen Lembah Pantai,” tulis Nurul Izzah di laman facebook.

Derma boleh dibuat melalui transaksi di Maybank (Bangsar Baru) di akaun bernombor 564128345008 atas nama ”Ahli Parlimen Lembah Pantai”

Penderma turut diminta menghantarkan gambar resit transaksi kepada pejabat@nurulizzah.com untuk pengesahan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION