PKNS wujud Sukuk Murabahah bernilai RM1billion | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

PKNS wujud Sukuk Murabahah bernilai RM1billion

SHAH ALAM , 2 NOV : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melaksanakan Program Sukuk Murabahah melalui penubuhan kertas perdagangan Islam dan program nota jangka pertengahan Islam bernilai sehingga RM300 juta dan RM700 juta.

Othman OmarPengurus Besar PKNS, Othman Omar, berkata penubuhan Program Sukuk Murabahah itu merupakan penerbitan sukuk yang keempat dan kelima sejak penubuhan program sukuk PKNS pertama pada 1996.

“Ini menjadikan PKNS sebagai penerbit sukuk yang aktif sekaligus mempelbagaikan lagi sumber pendanaan PKNS,” kata beliau dalam satu kenyataan.


Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata PKNS berjaya membuat penerbitan pertama nota jangka pertengahan Islam berjumlah RM300 juta pada 31 Oktober 2013 .

Katanya, ia merupakan sebahagian daripada program 20 tahun nota jangka pertengahan Islam PKNS yang terbaru iaitu Program IMTN.

Program IMTN itu, bersama dengan satu lagi program 7 tahun kertas perdagangan Islam berjumlah RM300 juta adalah tertakluk kepada had bersama sehingga RM700 juta.

Jelas Ishak, AmInvestment Bank Berhad bertindak sebagai Penasihat Utama tunggal, Penyelaras Utama tunggal dan juga Pengurus Utama manakala AmTrustee Berhad pula dilantik sebagai pemegang amanah untuk Program Sukuk Murabahah itu.

Program sukuk PKNS yang terakhir pada tahun 2004 yang bertujuan untuk membiayai projek pembangunan hartanah PKNS, telahpun selesai ditebus pada November 2011.

“Program Sukuk Murabahah ini, yang berlandaskan konsep Murabahah, diberi penarafan  jangka pendek P1 dan penarafan jangka panjang  AA3 oleh RAM Rating Services Berhad,” kata beliau.

Tambah Ishak, penarafan itu berdasarkan peranan PKNS dalam agenda memajukan pembangunan hartanah di Selangor dan jalinan hubungan baik di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Katanya, di peringkat kumpulan, Kumpulan PKNS terlibat di dalam pelbagai bidang perniagaan, dengan aktiviti utama di dalam pembangunan hartanah selain dari aktiviti lain termasuk pembinaan, operasi hotel patuh Syariah, pengurusan alam sekitar dan perdagangan bahan binaan.

“Program Sukuk Murabahah ini akan memberi kemudahan dan fleksibiliti kepada PKNS untuk menerbitkan sukuk di dalam pelbagai tempoh sehingga 20 tahun.

“Ia bergantung kepada keperluannya dari masa ke semasa bagi membiayai keperluan modal kerja yang patuh Shariah, dan keperluan pelaburan am pada kos lebih kompetitif  bersandarkan penarafan kredit PKNS yang kukuh,” kata Ishak.

Malaysia mempunyai pasaran Sukuk yang terbesar di dunia dan menguasai 60.4 peratus pasaran sukuk dunia setakat Jun 2013.

Pasaran Sukuk di Malaysia pada tahap global telah meningkat dari USD1.5 billion pada tahun 2001 kepada USD148.2 billion pada Jun 2013.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION