Selangorkini
SELANGOR

Rakyat mahu warga asing dikenakan bayaran bas

Oleh : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM 28 NOV: Langkah kerajaan negeri melaksanakan perkhidmatan bas percuma di Selangor di sambut baik rakyat negeri itu yang menganggap tindakan diambil adalah tepat dan memenuhi keperluan masyarakat masa kini.

Pelaksanaan itu bersesuaian dengan dasar kerajaan negeri yang mengutamakan kebajikan rakyat melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), selain kos sara hidup semakin meningkat yang terpaksa ditanggung rakyat.

Tinjauan Selangor Kini mendapati majoriti rakyat bersetuju perkhidmatan terbabit wajar bagi menggalakkan orang awam menggunakan pengangkutan awam supaya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri itu.

Kebanyakan mereka juga bersetuju perkhidmatan bas percuma itu dikhususkan kepada rakyat tempatan, namun terdapat sebahagian mereka menyarankan perkhidmatan sama tidak mengecualikan warga asing yang diketahui berada di Selangor dengan jumlah tinggi.

IMG_5075Arshad Abu Bakar, 57, menyambut baik perancangan itu dan berharap ia akan dilaksanakan secepat mungkin khususnya di kawasan yang dikenal pasti dengan kepadatan penduduk.

“Ia langkah bijak dan saya yakin akan disokong kebanyakan rakyat, tambahan masih ramai di Selangor berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan perkhidmatan bas awam.

“Kalangan penjawat awam tentunya golongan yang akan mendapat manfaat dan saya berharap rakyat tempatan akan diberi keutamaan untuk perkhidmatan ini,” katanya.

Katanya, biarpun warga asing bekerja dan berkhidmat di Selangor tetapi perkhidmatan diberikan mengikut tempoh kontrak dan mereka tidak kekal di negeri itu untuk jangka panjang atau selamanya.

dun 2Suhaimi Mokhtar, 45, berkata, pihak syarikat atau majikan seperti pengusaha kilang yang selama ini menyediakan pengangkutan untuk pekerja warga asing akan mengambil kesempatan jika perkhidmatan bas percuma turut ditawarkan kepada mereka.

“Bagi saya perkhidmatan ini perlu untuk rakyat tempatankerana majikan seperti kilang yang menggajikan pekerja warga asing tentu mengambil kesempatan dan tidak lagi menyediakan pengangkutan untuk pekerja mereka, sedangkan ia adalah tanggungjawab majikan,” katanya.

-NFN-


Pengarang :