Selangorkini
NASIONAL

Rakyat perlu tentang penjanjian TPPA

SHAH ALAM 22 NOV : Malaysia akan berhadapan lebih banyak mudarat daripada manfaat apabila menandatangi perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) dengan Amerika Syarikat justeru  rakyat diseru untuk menentang perjanjian itu.

logo59Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata perkara ini berasaskan kepada dominasi perundangan oleh Amerika yang memperlihatkan usaha tersembunyi mereka untuk mengangkat agenda bagi melindungi kepentingan korporat negara itu untuk terus mengekalkan kuasa monopoli perdagangan dunia.

“Sekiranya kerajaan menandatangani perjanjian ini (TTPA) ini, maka ianya bakal mengundang mudarat yang jauh lebih besar daripada manfaat kepada rakyat,” kata Abdul Hadi ketika ucapan Presiden sempena Muktamar PAS kali ke-59 yang berlangsung di Stadium Melawati hari ini.

“Adalah tidak wajar sama sekali untuk menyokong sebuah perjanjian yang akan memberi mudarat dan impak besar kepada ekonomi negara dan kesejahteraan masa depan rakyat.

“Rakyat digesa supaya menentang usaha menandatangani perjanjian ini, kerana (perjanjian TPPA) akan mengadaikan kedaulatan negara kepada kuasa imperialis bentuk baru,” katanya.

Perjanjian TTPA dianggotai oleh 12 negara rantau Lautan Pasifik, dan dianggotai seramai 600 wakil daripada syarikat korporat bersama-sama dengan wakil kerajaan Amerika Syarikat.


Pengarang :