Replika potong kaki : Mahfuz nasihat Muhyiddin jangan melatah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Replika potong kaki : Mahfuz nasihat Muhyiddin jangan melatah

mahfuz omar 3SHAH ALAM 4 NOV: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan tidak tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan berhubung kes menggantung replika potong kaki yang kini dalam siasatan polis.

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar, berkata tindakan Muhyiddin menafikan pembabitan penyokong Barisan Nasional (BN) dalam kejadian itu seperti dilaporkan media hanya menimbulkan persepsi buruk terhadap parti itu.

Katanya, sebelum ini pihak beliau tidak pernah menyebut perbuatan menggantung replika itu dilakukan jentera BN.


“Tak perlu melatah dan dia begitu defensif, ini boleh beri persepsi buruk kepada BN dalam kes ini sedangkan sebelum ini saya cuma cakap ini perbuatan keji tanpa saya sebut mana-mana pihak.

“Sepatutnya, biar polis siasat tetapi tindakan yang dilakukan seolah-olah dia (Muhyiddin) pula mendahului siasatan polis,” katanya ketika dihubungi TV Selangor di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas perkembangan hari pembuangan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Mahfuz memberitahu sehingga kini beliau tidak mengetahui kejadian petugas wanita dari kem BN ditumbuk seperti dilaporkan media.

Beliau turut menegaskan proses pengundian PRK Sungai Limau berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

“Insya-Allah PAS mampu pertahankan kerusi Sungai Limau dalam PRK kali ini, saya lihat peluang sangat cerah,”katanya.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau diadakan selepas kematian penyandang kerusi itu yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Azizan Abdul Razak, pada 26 September lalu.

Dalam PRK yang mempunyai seramai 27,222 pengundi berdaftar itu calon PAS, Mohd Azam Abd Samat ditentang calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION