Selangorkini
SELANGOR

RM101 juta peruntukan SMUE diberi kepada 41,945 keluarga

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 19 NOV: Selangor membelanjakan RM101,166,500 kepada 41,945 penerima manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sehingga 31 Ogos lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, peruntukan skim terbabit diperoleh daripada peruntukan yang disalurkan syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Abdul Khalid Kredibiliti Syed Husin Menjadi Senator 2“Wang ini diperoleh daripada KSSB sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat syarikat itu,” kata Abdul Khalid ketika menjawab satu soalan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor kali ketiga, penggal pertama, di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, skim yang diwujudkan sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri itu mendapat sambutan baik daripada warga emas.

Sementara itu, ketika menyentuh Tabung  Warisan Anak Selangor (TAWAS), Abdul Khalid berkata setiap bayi yang dilahirkan di hospital luar Selangor berhampiran sempadan negeri juga layak menyertai skim terbabit.

“Adakala, ibu di Selangor terpaksa melahirkan anak mereka di hospital luar Selangor kerana hospital di negeri ini agak jauh dengan kediaman mereka.

“Anak mereka ini layak mendaftar Skim TAWAS dengan syarat ibu dan bapa mereka berasal dari Selangor,” katanya.

-NFN-

 


Pengarang :