Roboh premis diputar belit jadi isu perkauman | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Roboh premis diputar belit jadi isu perkauman

teng-chang-kim

SHAH ALAM 1 NOV: Datuk Teng Chang Khim kesal dengan pihak yang mengaitkan tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) meroboh binaan tambahan sebuah restoran di Serdang Perdana, dengan isu perkaumaan.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor itu berkata, isu itu dilakukan bagi memburuk-burukkan Pakatan Rakyat (PR) dengan memberi gambaran kononnya kerajaan Selangor tidak membantu peniaga Melayu.


Sebaliknya, beliau berkata, kerja perobohan itu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang Kerajaan Tempatan yang tidak mengenal perbezaan warna kulit.

“Di negara ini, kita ada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, selain etnik di Sabah dan Sarawak.

“Setiap tindakan kalau bukan terhadap orang Melayu, boleh jadi kepada orang Cina atau India.

“Bila orang Melayu kena tindakan mereka tuduh kerajaan negeri perkauman. Jika tindakan itu diambil terhadap orang Cina dan India, isu perkauman tetap dimainkan.

“Jadi, sampai bila nak habis?,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri di sini, hari ini.

Selain premis di Serdang Perdana, terdapat gerai makanan milik peniaga Melayu yang diroboh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), di Taman Mesra Batu 13, Jalan cheras-Kajang yang menjadi isu dalam media arus perdana, pada 30 Oktober lalu. Logo-Majlis-Perbandaran-Kajang-MPKj

Peniaga mendakwa penguatkuasa bersikap pilih kasih apabila mengambil tindakan terbabit, namun pihak MPKJ menafikan dakwaan itu.

Sementara itu, Pengarah Perhubungan Awam MPSJ, Asfarizal Abdul Rashid, pula berkata tindakan meroboh terpaksa diambil berikutan bangunan tambahan itu disewa kepada peniaga warga asing.

Katanya, struktur binaan baru yang dibina tanpa kebenaran itu juga didapati menimbulkan risiko kepada orang awam kerana terletak berhampiran jalan utama.

“Kami bertindak berdasarkan aduan orang ramai kerana ia membahayakan pengguna yang melalui kawasan itu. Kerja meroboh dilaksanakan 28 Oktober lalu,” katanya.

Minggu lalu, dua buah rumah di Kampung Chubadak dirobohkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tanah itu dikatakan milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Selain dua rumah itu, masih terdapat kira-kira 200 rumah di kampung itu bakal menerima nasib sama yang kini dipantau Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Bagaimanapun berbeza dengan restoran di Serdang Perdana, isu perobohan rumah di kampung yang majoriti penduduknya Melayu itu sengaja tidak dihebohkan media arus perdana berikutan kampung terbabit terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN).

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION