Selangorkini
SELANGOR

Selangor tubuh tabung khas penyakit kritikal

Oleh : Afeeqa Afeera

SHAH ALAM 20 NOV : Kerajaan negeri berhasrat menubuhkan Tabung Perubatan Khas Penyakit Kritikal khusus memberi bantuan kepada golongan berpendapatan rendah seperti yang digariskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia bagi memastikan rakyat berpendapatan rendah yang menghidap penyakit kritikal mendapat khidmat penjagaan kesihatan berkualiti tinggi.

khalid songkok dun-2“Penilaian kelayakan akan dijalankan Jabatan Perkhidmatan Sosial (JPS) di hospital awam terpilih bagi mengelakkan pertindihan bantuan daripada agensi atau jabatan kerajaan lain dan memastikan hanya mereka yang layak sahaja menerima bantuan,” katanya ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2014 di Dewan Negeri, di sini,  semalam.

Beliau berkata, bantuan kewangan juga akan disalurkan terus kepada hospital melalui JPS masing-masing untuk mengelakkan ketirisan dana awam bagi perbelanjaan yang tidak menepati tujuan asal.

“Ia juga bagi membolehkan audit dijalankan dalam kerangka belanjawan berhemat, telus dan bertanggungjawab,” katanya.

-NFN-


Pengarang :