Selangorkini
SELANGOR

SMITF : Peluang umrah harga berpatutan

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 16 NOV : Sempena tahun kelapan penganjuran Selangor Matta Islamic Travel Fair (SMITF 8), orang ramai berpeluang untuk menikmati pakej-pakej mengerjakan umrah dengan harga yang berpatutan.

Pengerusi MATTA Selangor dan SMITF 8, Datuk Helmi Daud ,berkata pakej yang ditawarkan melalui penganjuran ini, orang ramai tidak akan dikenakan sebarang caj tersembunyi.

Menurut Helmi, ianya selaras dengan tuntutan agama Islam sendiri untuk tidak mengenakan caj tambahan atau tersembunyi terhadap mana-mana urusan jual beli.

DSC_0569a“Sebelum ini, banyak rungutan yang kita dengar mengenai pakej-pakej umrah yang kemudiannya bertambah caj tidak sepatutnya, yang menurut mereka tidak patut berlaku lebih-lebih lagi untuk mengerjakan ibadat.

“Jadi, inisiatif kita kali ini ialah bagi mengelakkan ianya berulang dan menyediakan pakej terbaik untuk orang ramai,” kata Helmi dalam ucapannya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian SMITF 8 yang disempurnakan Pengarah MARA Selangor, Ismail Abdullah, selain turut dihadiri tetamu kehormat lain seperti Naib Presiden MATTA, Jefri Sulaiman dan Ketua Perhubungan Awam Malindo Airlines, Karen Low.

Majlis anjuran MATTA Selangor dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) Selangor, Malindo Airlines dan Tourism Selangor.

Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi SMITF 8 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat (15 Nov) hingga Ahad (17 Nov) di Anggerik Mall di sini, dengan lebih 30 gerai pelancongan untuk dikunjungi dengan masuk adalah percuma.

-EZY


Pengarang :