Sokongan masyarakat luar bandar kian berubah ke arah PR | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Lizawati Madfa

Sokongan masyarakat luar bandar kian berubah ke arah PR

muhd taib ceramah 22 apr 06

KUALA LANGAT 2 NOV : Sokongan masyarakat di luar bandar semakin menampakkan perubahan ke arah Pakatan Rakyat  (Pakatan) dan hal itu lebih ketara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata keyakinan itu bersandarkan pencapaian Pakatan pada PRU-13 lepas apabila memperolehi undi popular sebanyak 53 peratus berbanding BN hanya memperolehi 47 peratus.


“Ikut peratus undi BN, patutnya BN sudah kalah, daripada 100 orang, 53 orang undi Pakatan Rakyat (PR), ini pelik, kerana sistem kita berkaitan dengan kerusi.

“Kalau 145,000 undi, kerusi Parlimen Kapar (PR), 10,000 undi di Parlimen di Sarawak, satu kerusi untuk BN,” kata Muhammad semasa Program Apa Khabar Orang Kampung di Dewan Putra, Kampung Sawah, Banting, di sini.

Muhammad berkata, cabaran yang dihadapi Pakatan Rakyat di kawasan luar bandar adalah kongkongan, sekatan dan manipulasi media massa.

Katanya, pemikiran rakyat di luar bandar sudah sebati dengan maklumat yang dibawakan Umno melalui surat khabar dan televisyen sejak puluhan tahun.

“Dulu kalau saya berkempen untuk DUN Sungai Limau, hari-hari muka saya keluar TV, tapi bila sekarang, saya belek-belek surat khabar, tidak ada satu pun muka saya, sebab saya di dalam PAS.

“Tapi kalau bercerita mengenai Nik Aziz, mukanya keluar yang garang-garang, kalau hari-hari keluar TV1, TV2, TV3 sampai ke TV100 ke TV200 semua Umno punya, mana ada keluar wakil rakyat Hasnul (Adun Morib), takkan keluar,” kata beliau.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION