Speaker tolak usul kecam 3 negara ke atas Malaysia | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Speaker tolak usul kecam 3 negara ke atas Malaysia

KUALA LUMPUR 26 NOV : Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) bagi mengecam pengintipan tiga buah negara ke atas Malaysia, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Usul tergempar itu dibentangkan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) bertujuan mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS), Singapura dan Australia yang didakwa bekerjasama memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet Malaysia bagi mengintip pimpinan negara ditolak atas alasan tidak perlu dibincangkan dengan segera.Shamsul-Iskandar-103Shamsul berkata, akhbar Australia, Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan terdapat risikan dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan AS dan Australia seperti didedahkan bekas kontraktor keselamatan AS, Edward Snowden.

“Media Belanda iaitu NRC Handelsblad mendedahkan Singapura turut membantu menyediakan akses komunikasi dan menjadi rakan utama dalam kumpulan perisikan ‘5-Eves’ yang diketuai AS bagi tujuan merakam perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi di Kuala Lumpur.


“Sementara itu, Fairfax (Australia) pula mendedahkan Singapura adalah rakan kepada agensi risikan elektronik Australia iaitu “Defence Signals Directorate” untuk memintas kabel SEA-ME-WE 3 iaitu kabel telekomunikasi terpanjang di dunia dan diuruskan Singtel iiatu syarikat telekomunikasi milik kerajaan Singapura.

“Aktiviti pengintipan dan risikan terhadap setiap pimpinan negara tentunya mencabuli Malaysia yang berdaulat dan merdeka, apatah lagi kita memperakui hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dan AS, Australia serta Singapura membabitkan asas utama iaitu kepercayaan,” katanya yang dipetik daripada Malaysiakini.

parlimentBeliau berkata, Malaysia perlu mencontohi Brazil, Jerman dan Indonesia yang menzahirkan protes mereka antaranya dengan menuntut permohonan maaf serta memanggil pulang duta mereka di Australia.

“Kegagalan pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mengeluarkan pendirian yang tegas akan menyebabkan tindakan biadap ini terus berlaku,” katanya.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION