Tabung Amanah Bencana Alam salur peruntukan RM30 juta | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Tabung Amanah Bencana Alam salur peruntukan RM30 juta

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 26 NOV : Kerajaan negeri berjaya menyalurkan peruntukan terkumpul sebanyak RM30 juta melalui Tabung Amanah Bencana Alam (TABA), sehingga kini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata jumlah itu sebahagian daripada suntikan modal berjumlah RM50 juta yang akan disalurkan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun, bermula 2011 hingga 2015.


sidang dun 21-11-13 - 5Katanya, peruntukan yang disediakan itu dilaburkan dalam instrumen pelaburan bagi meningkatkan pendapatan untuk tujuan penggunaan bencana alam masa hadapan.

“TABA boleh digunakan bagi membantu kerajaan negeri menampung perbelanjaan bencana dengan penggunaan keuntungan dan lebihan, dijana daripada dana permulaan yang disuntik ke dana tabung itu.

“Jumlah dana terkumpul bagi tabung ini yang belum beraudit adalah RM30.21 juta, ehingga 30 September lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Amirudin Shari (PKR-Batu Caves) berkenaan status terkini TABA yang mula dilancarkan, pada Julai 2011.

Abdul Khalid (PKR-Pelabuhan Klang) berkata, kerajaan negeri turut mengendalikan Tabung Bencana Khas Negeri Selangor, selain TABA.

“Tabung ini pula bertujuan membiayai bantuan kewangan bagi meringankan beban mangsa bencana, penyediaan makanan dan minuman kepada mangsa serta petugas yang terbabit sepanjang bencana.

“Ia juga bagi menyalurkan bantuan kerja menyelamat dan yang berkenaan dengan bencana serta perbelanjaan lain yang ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah (JPBBD),” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri mewujudkan dana berasingan di bawah peruntukan pembangunan bagi memberi bantuan membabitkan kejadian banjir kilat.

“Banjir kilat kerap berlaku dan biasanya disebabkan limpahan lebihan hujan yang turun di kawasan yang diganggu serta tidak mempunyai ruang untuk putaran air berfungsi yang berpunca daripada manusia sendiri. Banjir kilat berlaku dalam tempoh tertentu membabitkan kerugian kecil dan boleh diatasi,” katanya.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION