Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

Taufan Haiyan : Selangor sumbang RM100 ribu

Kunjungan delegasi dari Kedutaan Filipina ke Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor membincangkan keadaan rakyat Filipina yang dilanda musibah yang hebat sehingga lebih dua juta rakyat terkesan oleh singgahan Taufan Haiyan pada 6 – 9 November lalu.

gambarKemusnahan teruk infrastruktur dan tempat tinggal dapat disaksikan, dengan ribuan manusia yang belum dijumpai.

Ia suatu bencana yang amat tarumatik dan akan memerlukan segala kemampuan, kesabaran serta disiplin rakyat dan pemimpin di Filipina untuk kembali sediakala.

Ia tentunya akan menjadi proses ujian kehidupan yang boleh merubah lanskap kehidupan rakyat Filipina – semuga menjadi lebih berdaya.

Selangor menyumbang RM100 ribu untuk mangsa Taufan Haiyan dan akan bersama beberapa NGO untuk memberi bantuan pelbagai khususnya berkaitan rehabilitasi rakyat Filipina yang terkesan oleh Taufan Haiyan.

Hadir bagi pihak kerajaan Filipina ialah Consul-General Medardo Mecaraig. Menurut beliau, 3976 telah maut, 18175 cedera, kira-kira 1500 rakyat Filipina masih belum dijumpai.

Rodziah Ismail


Pengarang :