SELANGOR

Tikus ‘sebesar’ kucing ditangkap dalam Ops Tikus

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 16 NOV : Tikus ‘sebesar’ kucing antara antara haiwan pembawa penyakit yang berjaya dikumpul penduduk sempena gotong-royong anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di kawasan komersil PJS9, Subang Jaya.

tikus besarOps Tikus yang diadakan di kawasan komersil PJS 9 Sunway bersama Jawatankuasa Penduduk Zon 2 itu sebagai usaha mengurangkan populasi tikus dan mengatasi aduan berkaitan kekotoran disebabkan jangkitan penyakit bawaan tikus.

Menurut Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, Ops Tikus yang dijalankan hari ini di kawasan itu berjaya mengumpulkan sebanyak 44 ekor tikus.

Sebelum ini Ops Tikus turut dijalankan di kawasan komersil SS14, SS15, PJS 9, USJ 2 and Taipan.

“Pada tahun hadapan kita akan diadakan kawasan SS19/6,” kata Hannah.

Tahun lalu Ops Tikus DUN Subang berjaya mengumpulkan 571 ekor tikus bagi mengawal populasi haiwan itu daripada terus membiak dan memberikan ancaman kepada kesihatan masyarakat.

tikus sjProgram ini juga bertujuan memastikan persekitaran bersih dan selamat daripada penyakit bawaan tikus dan menggalakkan penglibatan orang awam supaya bekerjasama dengan pihak MPSJ dalam usaha mengurangkan populasi tikus sekali gus membanteras penyakit bawaan tikus.

Antara aktiviti yang dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut adalah dengan meletakkan umpan beracun di kawasan komersial tersebut pada waktu malam sebelum kutipan dibuat.

Susulan aktiviti tersebut adalah aktiviti gotong-royong bersama penduduk setempat dan komuniti perniagaan untuk mengutip bangkai tikus.

Program tersebut juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memastikan kawasan mereka bersih dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat terutama sisa-sisa makanan yang boleh menjadi sumber makanan kepada tikus.

Pelupusan sisa makanan yang tidak sempurna dikesan antara punca utama pembiakan tikus berlaku di kawasan itu.

Pembuangan secara haram sisa binaan dan perabot lama juga memburukkan lagi keadaan di lorong belakang kedai yang menjadi tempat persembunyian haiwan ini.


Pengarang :